BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi hari ini telah masuk minggu ketiga kami memasuki ke alam ijazah di UiTM sebagai salah seorang pelajar fakulti perubatan yang terletak di kampus Sg. Buloh. Selain daripada mempelajari subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi, ilmu agama juga perlu dititikberatkan oleh itu subjek TITAS ataupun Tamadun Islam Dan Tamadun Asia merupakan salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di UiTM. Pada hari jumaat lepas kami telah ditugaskan untuk membuat kajian mengenai masyarakat Cina. Skop tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah mengenai Ekonomi dan Pembangunan.
Antara tugasan pertama yang harus kami laksanakan ialah membuat sebuah blog yang mengkisarkan mengenai hari pertama tugasan ini diberikan kepada kami dan sepanjang projek ini dijalankan. Hal ini adalah supaya kajian dan ilmu yang kami dapati melalui projek ini dapat disebarkan kepada orang ramai serta boleh dimanfaatkan bersama-sama.
Ahli kumpulan saya terdiri seramai enam orang di mana saya iaitu Nur Izni merupakan ketua kumpulan dan diikuti dengan lima orang ahli kumpulan iaitu Siti Masyitah, Norwanida Idayu, Nadia Fatihah, Siti Hawa dan Nur Razni. Antara tugasan-tugasan lain yang harus kami laksanakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang projek ini dijalankan.