Wednesday, 26 November 2014

Plan Kerja TITAS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Oleh kerana jadual belajar yang amat padat dan kerja-kerja yang tidak pernah putus menyebabkan blog ni agak lambat dikemaskini namun begitu segala perancangan untuk melaksanakan projek ni telah pun berjalan seperti yang dirancang dengan baik. Tambahan pula, projek ini sentiasa mendapat sokongan dan perhatian daripada ustazah yang tidak lokek untuk membantu kami. Pada beberapa minggu lepas, satu jadual gerak kerja telah dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan segala kerja agar berjalan dengan lancar dan projek ini tidak dihasilkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Di dalam jadual kerja tersebut, pembahagian tugas telah dilakukan kepada semua ahli kumpulan contohnya seperti tugasan mencari maklumat, mengemaskini blog, menemu ramah responden dan beberapa tugasan lain lagi. Kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan dalam melaksanakan projek ini juga amat penting kerana pemarkahan bukanlah berdasarkan individu tetapi berdasarkan kerjasama yang ditunjukkan dalam kumpulan.

Selain itu, sekiranya berkesempatan kumpulan kami juga bercadang untuk melakukan outing di Petaling Street ataupun Chinatown untuk mengkaji dan membuat soal selidik mengenai peniaga-peniaga berbangsa Cina di situ. Hal ini adalah kerana kumpulan kami memerlukan maklumat mengenai cara-cara masyarakat Cina zaman kini menaikkan ekonomi mereka. Borang soal selidik juga mungkin akan diedarkan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai perbezaan ekonomi masyarakat Cina dulu dan sekarang serta perkara-perkara yang membolehkan ekonomi masyarakat ini berkembang.






Sekian dahulu sampai di sini, akan bersambung lagi di masa hadapan insyaAllah.

No comments:

Post a Comment