Kedatangan imigran Cina ke Negeri-Negeri Melayu
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.
Penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para sejarawan dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas, bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Imigran Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan yang luas dan ‘mewah’ ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan berterusan.Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.Kemasukan imigran Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu. Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu. Menurut Ruslan Zainuddin (2004), faktor mendorong imigran Cina untuk memulakan kehidupan baharu di seberang laut menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan ini di samping memiliki sifat keberanian, ingin mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran.Mengikut statistik, Negeri-negeri Selat mencatat bilangan tertinggi dari segi kemasukan imigran Cina ini. Menurut Ranjit Singh Malhi (1985), pada tahun 1820 terdapat 8300 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura. Bilangan imigran Cina di Melaka pula pada tahun 1826 ialah seramai 4100 orang. Keadaan ini menunjukkan kepesatan penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu, khususnya Negeri-negeri Selat akibat daripada kepesatan ekonomi era penjajah British di Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari bahagian selatan China, iaitu dari wilayah-wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Menjelang tahun 1830, bilangan imigran Cina di negeri-negeri Melayu dianggarkan berjumlah kira-kira 40 000 orang (Purcell, (1997) dalam Ruslan Zainuddin, 2003). J.usteru itu, kebanjiran imigran Cina di Tanah Melayu menjadi titik tolak terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu dalam era penjajah selanjutnya.
Faktor Dan Proses Kedatangan Imigran Cina
Antaranya, foktor penolak dan faktor penarik;
Faktor penolak;
- peperangan, kebuluran dan lain-lain.Sebagai contoh, semasa pemerintahan Dinasti Manchu (1644-1911), pemberontakan dan kekacauan sering berlaku akibat perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864) dan Pemberontakan Boxer (1899-1900). Huru-hara dan banyak nyawa terkorban menjadi ketakutan orang Cina untuk berhjirah ke luar, khususnya ke Tanah Melayu (Ruslan zainuddin, 2010).
- masalah dalaman Negara China yang dilanda krisis penduduk yang ramai menyebabkan rakyatnya kekurangan makanan diburukkan lagi bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang melanda China. Banyak harta dan nyawa terkorban dan keluaran pertanian turut musnah
- dasar Kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya berhijrah negara lain bagi penghidupan baru yang lebih baik
- pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
- pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
- Kehadiran modal asing terutamanya dalam perusahaan getah dan bijih timah ke Tanah Melayu menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Perniagaan Adalah Satu Seni
- Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
- Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
- Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
- Keluarga merupakan golongan yang terpenting dalam memberi sokongan dan dorongan kepada ahli keluarga.
- Kebanyakan daripada mereka menggunakan modal yang didapatkan daripada keluarga mereka sendiri. Ini menunjukkan sokongan yang kukuh daripada keluarga mereka.
Faktor Perkembangan Ekonomi Tamadun China
1. Menggunakan tenggala untuk membuat batas tanaman
2. Mencipta kolar kuda untuk menarik tenggala kayu dan penyisir tanah
3. Mengamalkan tanaman bergilir untuk mengekalkan kesuburan tanah
4. Melakukan teres di kawasan bukit sejak zaman dinasti Shang
5. Sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian
6. Sistem terusan untuk mengawal banjir
7. Perusahaan logam berkembang dengan pesat
8. Perusahaan tembikar berkembang dan didagangkan ke Alam Melayu, India dan Barat
9. Jalan darat yang dikenali Jalan Sutera Darat digunakan berdagang dengan Barat
10. Jalan laut digunakan untuk berdagang dengan negara luar
Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan
- Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
- Jimat, jika tidak akan membazir modal
- Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
- Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
- Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
- Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
- Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok.
Gambar Kerja Lapangan Di Petaling Street




Khidmat Kepada 10 Orang
- Mengedarkan flyers mengandungi maklumat-maklumat dan menerangkan mengenai cara-cara orang Cina berniaga sehingga mencapai kejayaan dan keuntungan yang berlipat kali ganda melebihi kaum-kaum lain di Malaysia.
Masyarakat Cina pada masa kini
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta. Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit. Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untukkecemasan dan etika kerja yang baik
Refleksi Kumpulan
Melalui tajuk yang telah diberikan kepada kami, iaitu Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Cina, terdapat banyak perkara yang telah membuka mata kami tentang ekonomi dan pembangunan masyarakat Cina khususnya di Malaysia. Kita boleh lihat pada waktu ini, ekonomi masyarakat Cina yang mendominasi ekonomi negara.
i) Sebagai contoh, kita boleh lihat disiplin masyarakat Cina dalam urusan ekonomi mereka. Kegigihan masyarakat cina dalam aktiviti perniagaan terutamanya bukanlah sesuatu yang baru.
ii) Sikap tidak mudah mengalah masyarakat Cina dalam melakukan perniagaan, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk membawa perniagaan mereka kepada satu tahap yang lebih tinggi lagi. Sikap seperti ini boleh dicontohi oleh kaum lain bagi menambah baik dan meningkatkan lagi sektor ekonomi masing- masing.
iii) Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan bersikap optimistik dalam setiap apa yang berlaku. Jadikan cabaran dan kesusahan tersebut sebagai pendorong untuk kita pergi lebih jauh lagi.
iv) Kita boleh lihat perbezaan dari hasil tanaman masyarakat cina yang selalunya lebih berkualiti. Ini terjadi kerana mereka tidak keberatan membelanjakan modal yang agak tinggi seperti menggunakan racun dan alatan pertanian yang mahal dalam memastikan hasil yang mereka dapat lebih berkualiti.
v) Kita perlu tahu bahawa dalam mendapatkan sesuatu keputusan atau hasil yang bagus, kita perlu berkorban dan berusahaa bersungguh –sungguh dalam melakukan tugasan tersebut dan dari konteks berkorban juga, janganlah sampai ianya melanggar syariat yang telah ditetapkan Allah. Selagi sesuatu perkara itu masih di dalam redha Allah, InsyaAllah akan baguslah hasil yang akan kita dapat.
boleh bagi saya rujukan, dari buku mana
ReplyDelete